Tahukah kita, bahawa tidur di siang hari mampu mengembalikan tenaga dan mengecaj semula tenaga kita pada hari tersebut. Tidur di siang hari, merupakan amalan yang disering dilakukan oleh Nabi.
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan.Islam menganggapnya
sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan
dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam
Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah
seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu
ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat
zohor.”
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu
siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat
berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya
produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas
negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5%
pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi.
Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua
ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific
Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika
kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur
pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent
phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang
menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan
Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’
Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J.
Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological,
Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur
dari Cornell University juga telah merumuskanbahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa
tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu
jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu
yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik
tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan
kajian 25 tahun)
Sumber: Assalam dot Com
Memang
benar, tidur sebelum masuknya waktu zohor adalah waktu tidur yang
terbaik. Selain ia merupakan sunnah nabi, kita disarankan tidur untuk
mendapatkan kecergasan semula. Tetapi tidur 15 minit pun sudah memadai
dan kita akan rasa cergas sepanjang hari.

No comments:
Post a Comment