Monday, November 5, 2012

BENARKAH MALAIKAT TELAH MELINDUNGI WANITA INI...???


Kisah ini telah berlaku di salah sebuah kawasan kejiranan di Amerika Syarikat. Di mana Sara, (bukan nama sebenar) seorang wanita muslim yang solehah ingin ke tempat kerja pada suatu malam.Dia berasa tidak sedap hati dan berdebar pada malam itu apabila ingin melalui lorong yang agak gelap yang kebiasaan menjadi laluannya.
        Dia terlihat seorang pemuda dalam keadaan mencangkung dan merenung jauh ke dalam matanya. Dia menundukkan pandangan dan terus berlalu dari pemuda itu. Pada keesokkan hari, dia terdengar perbualan dari jirannya mengatakan ada seorang gadis telah dirogol di lorong gelap itu.
        Pihak polis sedang mencari saksi bagi membuat pengecamam dan dia terus pergi ke balai polis. Akhirnya, penjenayah itu telah diberkas dan dia meminta kebenaran untuk berjumpa denagn pemuda itu. Dia bertanya; mengapa awak tidak mengapa-apakan saya semalam? Lelaki itu selambanya menjawab; macam mana saya nak mengapa-apakan awak sedangkan awak ditemani oleh dua orang lelaki yang sasa disamping awak.
        (Sara terkejut dengan jawapan pemuda tadi dan terus meninggalkannya dengan sedikit senyuman)
**Wahai kaum hawa yang membaca kisah ini, sesungguhnya Allah s.w.t sangat2 melindungi hambaNya yang beriman dan ikhlas kepadaNya. Terutamanya kaum wanita yang lemah dan lebih2 lagi yang bertakwa.
Sumber : Kisah ini diperolehi dari internet, cuma penceritaannya gaya saya sendiri. Kebenarannya, tidak pasti tetapi ianya amat memberi kesan dan iktibar kepada mereka yang menghayati. (jgn lupa share ngan kawan2..^-^)  

No comments:

Post a Comment